-->

.

Jumaat, 21 Jun 2019

IFTAR BFF 2019 !


25 Mei 2019 , Haaaaa lupa nak cerita kisah nie.. Terlalu excited dengan raya kan, tu yang lupa pasal iftar ! Haha.. 

Nak dijadikan cerita , bincang punyer bincang, kecoh jugak la pasal iftar nie.. Yang paling kelakar tak tau nak pergi iftar kat mana ! So aku gigih la search dekat facebook kot la ada yang tengah viral.. Mula-mula tu nak makan kt IOI Mall Putrajaya tapi tak jadi.. So tukar tempat, dapat la yang dekat Ampang.. Yang konon nya viral sangat tu.. Silap aku sebab bagi tempat tapi tak tengok betul-betul.. Ape lagi , Yan booking la tempat tu then bayar deposit sekali.. 

Indah khabar dari rupa ! Dalam facebook bukan main lagi meriah, sekali pergi tak menarik langsung ! Nama dalam senarai ada tapi meja tak de ! Lepas tu dapat tempat panas, macam kat tempat parking kereta dalam bangunan ! Lepas tu makanan cepat habis, lambat refill , sempit ! Kalau suh bagi berapa bintang , aku bagi 1 bintang je tau ! Tak memuaskan.. Tapi nak buat macam mana dah dapat tempat macam tu kan.. So redha je la bulan-bulan puasa tu.. HAHAHA

Lepas dah habis iftar tu , plan jejalan kat Melawati Mall pulak.. Cuci mata katanya.. Sekali terjebak kat Brand Outlet.. Adoiii.. Melayang duit sebab tergoda dengan baju !! Sampai tutup la Mall tu tunggu kiteorang settle shopping.. Haha..

Lepas tu plan konon nak lepak mamak je.. Ngeteh biasa je.. Sekali Ila dengan Syam bawak pergi The Garage KL.. Fuhhhhh... Tu memang tempat idaman ! Lama dah rasa nak pergi situ tapi tak sempat lagi.. Last-last Ila dengan Syam bawak pergi situ , seronok giler ! Lepak sambil gosip-gosip.. Sempat la Ila bagi sampul raya untuk kiteorang.. Murah rezeki dieorang nie sebagai PHOTOGRAFER ! Huhu...































































Sangat masuk air kalau bergabung berempat macam nie.. Ade jeeeee cerita , benda lawak, lagi-lagi bila bergambar.. Tak pernah yang ok.. Semua mental ! Haha.. 

Collagemate , Classmate , Roommate , Housemate , Gossip Girl !

#BFF #IftarWithBFF #Iftar2019 #DNMapril2011 #Since2011UntillNow 

Posted by Myra Amira Story at 1:26 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Khamis, 20 Jun 2019

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Assalamualaikum.. Lama betul tak update blog nie ! Dah tak tau nak buat story ape dah buat masa nie.. Haha ! Tapi kali ni nak cerita pasal raya tahun nie.. Haaaaaa nampak tak ? Dah nak abis raya baru la nak update kan.. Almaklum la sibuk sangat dengan keje , mana la nak sempat wehhh update bagai.. 😝 

4 Jun 2019 , aku still keje lagi sehari sebelum raya hari tu.. So bila big boss bagi balik awal, ape lagi.. Memang tak cakap banyak la, kemas barang-barang semua la sebab nak cuti raya lama.. HAHA ! 😝  Aku awal2 dah pesan kat ibu aku dah masa ibu aku hantar aku pergi kat MRT pagi tu sebab aku pergi keje naik train je.. So boss amik aku kat KL Sentral je la then hantar aku pergi keje.. Tu yang aku suruh ibu amik aku kat ofis pukul 3.. So boleh la nak bajet pukul berapa nak sampai kampung kan.. 

So nak jadikan cerita , ngam-ngam pukul 7 pm kiteorang smpai kampung.. Dengan hadap jem kat toll Gombak nya , dengan jem kat Bentong nya , lepas tu jem sikit kat Raub.. Alhamdulillah dengan selamatnya sampai jugak la kampung ku yang tercinta.. Huhu.. So sempat la kiteorang berbuka puasa bersama-sama dengan orang lain tapi kiteorang tak sempat nak tolong masak pun sebab dah lambat..

Settle berbuka dengan semua orang tu , part paling seronok bagi semua orang tapi bukan aku la sebab aku yang kene gosok baju weh !! Tiap tahun kalau balik kampung , aku mesti amik tender gosok baju raya semua orang.. Tapi tahun nie tak la sebab iron kat kampung tu hidup segan mati tak mau.. Panas tapi tak lekat.. Perghhhh dugaan betul nak gosok baju kalau macam tu.. 

5 Jun 2019 , Pagi raya macam biasa semua berebut nak mandi , padahal kat luar pun ade toilet jugak tapi masing-masing nak jugak berebut toilet dalam sebab ape ? Sebab kat toilet dalam ade kolah , kat toilet luar tak de ! HAHA.. 😆 

So settle mandi ape semua, nak bersiap pun kelam kabut masing-masing nie.. Then lepas tu semua pergi solat raya kat masjid.. Ramai giler orang.. Kiteorang jadi batak sebab ape tau.. Sebab rasa macam lama dah tak balik kampung then tengok rupanya ramai je orang kampung walaupun bercampur ngn kampung sebelah.. HAHA 😆 

Settle solat , semua dok lari balik rumah sebab nak melawa, makeup, touch up, betulkan tudung bagai.. Settle semua tu , benda pertama kiteorang buat , selfie dulu.. Dah penuh memory phone tu , baru la turun bawah bersalam-salaman , bermaaf-maafan, nangis , drama ape semua tu la.. Lepas tu baru la start bergambar dengan semua orang.. Habis kecoh satu rumah bila bab bergambar dan paling kelakar , macam-macam gaya ada.. 😆 






























Ok settle untuk raya pertama punya meriah tu.. Tak boleh bawak bincang betul meriah raya tahun nie walaupun tak banyak rumah kiteorang pergi.. HAHA.. 😆  Raya kedua kiteorang semua duduk kat rumah je sebab hujan dari pagi sampai malam , memang tak leh pergi mana la kan.. So terpaksa la stay kat rumah je sambil guling-guling kat ruang tamu tu.. Sedara mara je la yang datang raya.. Ramai jugak la yang datang raya dari raya pertama sampai raya kedua tu.. 

7 Jun 2019 , Raya ketiga kiteorang balik Sg Buloh balik dah sebab nak raya kat kampung ibu kat Sg Besar konon nya tapi malangnya tak sempat sebab jalan jem.. Kiteorang sampai rumah pun dalam pukul 5 lebih jugak.. So rehat je la kat rumah.. Tapi part paling kelakar masa nak balik Sg Buloh tu , semua kelaparan dan semua nak makan KFC sebab dah tak lalu nak makan nasi !! HAHA..









8 Jun 2019 , Raya keempat kite raya kat KL !! Yeayyyyy !! Seronok tu lain macam sikit.. Pelik la sebab raya kat KL.. Tapi sebab tiap tahun memang wajib datang rumah arwah nenek dan atok sedara kan walaupun dieorang dah tak de.. 


9 Jun 2019 , Raya kelima baru la dapat balik raya kat kampung ibu walaupun kejap.. Sebab yang penting kene pergi raya kat rumah Wak Amat sambil gosip-gosip.. HAHA... Tapi sempat la singgah rumah makcik ibu dan rumah cik Mala.. Huhu..






Ok.. Tu saje cerita untuk raya tahun nie.. Raya keenam dah kene keje... Uwaaaaa... tak best nya kejap sangat cuti.. 😭 Tak pe.. Tahun nie raya dengan family , tahun depan dah raya dengan suami.. Ehhhhhh tiberrrrrrr... HAHAHAHHAHA 😂😂😂😂😂😂😂


#TeamRayaPahang #RayaSakan2019 



Posted by Myra Amira Story at 2:53 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Follow Me

Domo-kun Staring

Happy Birthday Myra

Daisypath Happy Birthday tickers
Hai , nama saya mira.. :)

MySelf MyLife

Foto saya
Myra Amira Story
❒ suka edit gambar + photography ❒ seorang yg gila2 ❒ suka makan ❒ suka cakap tanpa henti ❒ suka gelak ❒ suka buat keje gila ❒ garang ❒ susah nak senyum ❒ terima sesiapa sahaja untuk dijadikan kawan tetapi ada had untuk berkawan ❒ tak suka ? Go to HELL ! :P
Lihat profil lengkap saya

The Owner Blog !

The Owner Blog !
NUR AINATUL AMIRA BT MOHD AMIR

My Birthday ! ^_^

My Birthday ! ^_^
-081192-

I Am Purple - Myra Amira

I Am Purple - Myra Amira
Photografer - Apies Juez

My First Time - Model

My First Time - Model
Photogarafer - Syakir Cokerlat

#pengantinwannabe

#pengantinwannabe
Kumpulan Media KarangKraf , Dress by D'Yusza , MUA by Kak Mas

The Missing Hijabi Casting Model

The Missing Hijabi Casting Model
IOI Mall Putrajaya

PHOTOSHOOT OUTDOOR

PHOTOSHOOT OUTDOOR
PHOTOGRAFER - ILA ZIELA

Raya 2018

Raya 2018
Photografer - En Wandy

PHOTOSHOOT OUTDOOR

PHOTOSHOOT OUTDOOR
Photgrafer - isey Artwork

RAYA 2019

RAYA 2019
#GreenTheme #TeamRayaPahang

About MySelf

Myra Amira
8 november 1992
Bandar Tun Hussein Onn Cheras
Cinta Hati ibu abah
NUR AINATUL AMIRA
NNaif
UUntung
RRamah
AAmanah
IIkhlas
NNaif
AAlim
TTulus
UUlung
LLemah-lembut
AAbadi
MMesra
IIdealistik
RRealistik
AAsli
Apa ada pada nama?
My Nyawa Dunia Akhirat

My Family

My Family
Amir's Family
Kawan-kawan saya:)

Stanza 2009

Stanza 2009
Reunion

DNM MMCKL

DNM MMCKL
Junior + Senior with Lecturer

BFF's

BFF's
MMCKL - DNM APRIL 2011

follower

Chit Chat With Myra Amira

The Archive Blog

  • ▼  2020 (8)
    • ▼  November (1)
      • 8 November 2020, Its My Birthday !! 😍
    • ►  Oktober (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2019 (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November (2)
  • ►  2016 (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  September (2)
  • ►  2014 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2012 (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)

Member's Blogs

  • BEN ASHAARI
    Sapa yang ketagihan kopi macam aku ?
    5 hari yang lalu
  • Yuyu Zulaikha
    Hello Darlings
    Setahun yang lalu
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
    6 tahun yang lalu
  • DANIEL ADIE
    Soalnya HATI
    12 tahun yang lalu
Tema Tetingkap Gambar. Dikuasakan oleh Blogger.