-->

.

Khamis, 9 Julai 2020

PHOTOSHOOT RAYA 2020 WITH FAMILY 💓


Assalamualaikum semua ! 

Hari tu aku lupa nak update sekali pasal photoshoot raya tahun nie.. Almaklum laaa raya tahun nie kan macam tak meriah sangat.. So aku ter-update cerita pasal raya je.. Hehe..

Nak dijadikan cerita, memang agak susah nak ajak bergambar sesama nie sebenarnya sebab abah tu last minit mesti kejap jadi la , kejap tak jadi la.. Nie pun sebab adik aku no 2 tu balik raya.. Kalau tak balik, tak de nya photoshoot family.. Tu pun kire aku paksa semua orang jugak la nak buat photoshoot kat studio tu.. Sebab photoshoot outdoor, semua orang tak nak join.. Sibuk nak raya la bagai.. Last-last aku photoshoot outdoor sorang-sorang je.. Haha ! 😂

Photoshoot outdoor tu pun tak plan sebenarnya... Sekali En Wandy suh datang photoshoot sekali dengan Abg Syamsul.. Last-last Abang Syamsul tak de.. Tu yang terphotoshoot sorang-sorang mengejut oiiii... Raya ketiga lak tu photoshoot outdoor... Nasib baik baju raya pertama tu dah basuh awal-awal.. Tu yang lepas En Wandy whatsapp suruh siap, then datang kat tempat photoshoot, dengan pantasnya aku bersiap oiiii... Aku dah ajak semua orang tapi semua orang buat tak tau je.. Last-last aku tinggal je semua orang.. HAHA.. 😂

Bagi aku gambar photoshoot kali nie aku pilih outdoor.. Lagi lawa daripada shoot kat studio.. Tapi macam biasa la.. Aku bukan reti sangat nak posing bagai nie.. Tapi yang nie je yang mampu nak pose pun.. Hahaha.. Meh tengok gambar photoshoot outdoor raya 2020... 😉 Sori la ade yang aku edit sikit-sikit.. Tak nak nampak macam acah putih sangat kan.. Huhuhu














Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku lepas aku dapat gambar-gambar nie, "Wowwww, lawa siot !" HAHAHA.. Masalahnya yang lawa tu gambar nie je.. Aku tak lawa sangat pun.. So bila dapat gambar lawa macam nie, giler tak teruja !! Aku sampai tido pun senyap oiiii... Hahaha ! 😂😂😂

Ok , next gambar kat studio pulak.. Yang nie aku paksa semua join sebab kalau tak paksa, sorang-sorang kejap on kejap tak on... Memang ngamuk aku time tu.. Nasib baik dah deal awal-awal timing nak buat photoshoot tu pukul bape.. Ingatkan sekejap je wehhhh... Sampai 2 jam haaaa photoshoot... Balik tu lapar ooiiiiii... Tu yang delivery KFC.. Hahah... 

Jom tengok gambar photoshoot kat studio pulak.. Kalau tanya aku la kan, aku tak bape suka sangat background hitam nie.. Nampak pelik.. Tapi nak buat macam mana, tu je yang adooo... Lagipun nie studio baru... Agak serabut sikit la tapi ok je.. Dengan jayanya boleh habis kan photoshoot selama 2 jam tu.. HAHA


















Taraaaaa.. Tahun nie bertujuh oiiiii.. Kot la tahun depan berlapan pulakkkkk... Hahaha 😂😂😂 Gambar-gambar nie ade yang aku edit sikit-sikit la... Tak la over sangat edit.. Yang gambar last tu memang aku yang request sebab 2 tahun lepas ada gambar macam nie jugak tapi baju warna lain la.. Nanti nak combine gambar.. Kot la makin lawa ke... Ehhhh tiberrrrrr 😂😂😂

Ok la... Aku pun malas dah cerita panjang-panjang sebab aku bukan reti nak taip ape pun.. Lagipun aku bukan blogger 24 jam yang nak kene update sentiasa.. Aku update pun bila aku ada cerita baru atau aku rasa nak update je.. Huhu.. Ok la.. Nanti fikir untuk next story okkkkk... Huhuh




Posted by Myra Amira Story at 6:45 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Selasa, 23 Jun 2020

RAYA 2020 WITH FAMILY 💓 #TeamRayaSgBuloh

Assalamualaikum ! Lama giler rasanya tak update blog.. Yela.. Setahun boleh kira berapa kali je la nak update pun sebab tak de cerita menarik nak update.. Lagi2 time PKP mcm nie.. Lagi la tak leh nak keluar pergi mana sangat pun.. Dannnn memandangkan tahun nie turn raya kat sini, so jom nak cerita pasal raya tahun nie macam mana.. HAHA 😂 

Ceritanya macam nie, yelaaa.. PKP kan, mana boleh nak rentas negeri.. So kene la dok diam2 kat Sungai Buloh tu.. Dah la aku kene rotate keje.. Keje macam orang giler.. Time cuti pun serupa baik tak payah cuti.. So memandangkan kene rotate keje, dannnnn turn aku cuti raya lama sikit la kot.. HAHA

Maka terjadi la kisah-kisah raya 2020... Hahah.. Biasa kalau raya memang aku yang gosok baju raya ape semua tapi tahun nie semua ibu dah siapkan.. siap gosok baju.. So aku tinggal tolong die masak lauk untuk raya pertama je la.. Dannnnnnnn menu special untuk raya pertama tu tak lain dan tak bukan "KEK BATIK"... Hahah.. Tahun ni aku bantai buat kek batik sampai 2 jenis.. Satu jenis kek batik milo yang biasa aku buat tu la.. Satu lagi kek batik horlick.. Terjumpa resipi tu kat facebook.. So aku pun terbeli barang dannnn terbuat.. HAHA 😂

Masa raya pertama tu orang luar susah sikit nak masuk tapi dapat kebenaran pengarah penjara, katanya bagi kalau sedara mara nak datang tapi raya pertama je la.. lepas tu raya kedua dan seterusnya tak leh masuk... Alaaaa ade je yang bagi sampai abis raya la... Tak de makna nya tak bagi masuk... Janji jaga jarak dan pandai-pandai la jaga diri masing-masing macam mana..

Raya pertama tu meriah btl.. Selalu kalau raya aku malas nak join ibu g rumah jiran-jiran tapi tahun nie rasa seronok sebab semua dok rumah dan ada hikmah bila PKP nie.. Lagi merapatkan hubungan sesama sendiri.. Dah la dieorang tengah hari je sekarang nie dok potluck..haishhh geram aku sebab aku tak de masa dieorg buat potluck tu..

Pagi raya tu buat drama dengan ibu je sebab abah keje pagi.. So lepas abah balik keje tgh hari tu, sambung pulak drama dengan abah.. Salam , cium tangan acah-acah nak nangis tapi abah buat lawak, tak jadi nangis.. HAHAH.. Meh tengok gambar raya pertama kiteorg..














Jom tengok gambar-gambar pergi raya rumah jiran-jiran.. Hehe..












Haaaaa.. Tu baru dengan jiran-jiran.. Ya ampunnnnn riuh rendah oiii.. Meriah gilerrrr... Then pakcik aku kat damansara datang raya kat rumah..




Dannnnn esok-esok tu pergi raya rumah makcik aku kat Meru sambil2 tengok baby kembar die !! Comelnyaaa.. Geram btl tengokkkkk 😱






Lepas tu seminggu ke dua minggu lepas tu,baru la pergi raya kat Semenyih rumah makcik aku jugak.. Riuh rendah jugak la tapi tak seriuh bila semua sedara mara ada.. Hmmm.. Rindu nak raya dengan semua orang macam tahun-tahun lepas..





So itu je la ringkasan cerita raya 2020.. Sebab PKP punya pasal kan, raya pun tak rasa macam raya.. Tau-tau dah abis raya.. HAHA.. So kita jumpa raya tahun depan la pulakkkk.... Nanti aku upload cerita pasal photoshoot raya pulak ok.. Bye2.. 😎
Posted by Myra Amira Story at 6:30 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Follow Me

Domo-kun Staring

Happy Birthday Myra

Daisypath Happy Birthday tickers
Hai , nama saya mira.. :)

MySelf MyLife

Foto saya
Myra Amira Story
❒ suka edit gambar + photography ❒ seorang yg gila2 ❒ suka makan ❒ suka cakap tanpa henti ❒ suka gelak ❒ suka buat keje gila ❒ garang ❒ susah nak senyum ❒ terima sesiapa sahaja untuk dijadikan kawan tetapi ada had untuk berkawan ❒ tak suka ? Go to HELL ! :P
Lihat profil lengkap saya

The Owner Blog !

The Owner Blog !
NUR AINATUL AMIRA BT MOHD AMIR

My Birthday ! ^_^

My Birthday ! ^_^
-081192-

I Am Purple - Myra Amira

I Am Purple - Myra Amira
Photografer - Apies Juez

My First Time - Model

My First Time - Model
Photogarafer - Syakir Cokerlat

#pengantinwannabe

#pengantinwannabe
Kumpulan Media KarangKraf , Dress by D'Yusza , MUA by Kak Mas

The Missing Hijabi Casting Model

The Missing Hijabi Casting Model
IOI Mall Putrajaya

PHOTOSHOOT OUTDOOR

PHOTOSHOOT OUTDOOR
PHOTOGRAFER - ILA ZIELA

Raya 2018

Raya 2018
Photografer - En Wandy

PHOTOSHOOT OUTDOOR

PHOTOSHOOT OUTDOOR
Photgrafer - isey Artwork

RAYA 2019

RAYA 2019
#GreenTheme #TeamRayaPahang

About MySelf

Myra Amira
8 november 1992
Bandar Tun Hussein Onn Cheras
Cinta Hati ibu abah
NUR AINATUL AMIRA
NNaif
UUntung
RRamah
AAmanah
IIkhlas
NNaif
AAlim
TTulus
UUlung
LLemah-lembut
AAbadi
MMesra
IIdealistik
RRealistik
AAsli
Apa ada pada nama?
My Nyawa Dunia Akhirat

My Family

My Family
Amir's Family
Kawan-kawan saya:)

Stanza 2009

Stanza 2009
Reunion

DNM MMCKL

DNM MMCKL
Junior + Senior with Lecturer

BFF's

BFF's
MMCKL - DNM APRIL 2011

follower

Chit Chat With Myra Amira

The Archive Blog

  • ▼  2020 (8)
    • ▼  November (1)
      • 8 November 2020, Its My Birthday !! 😍
    • ►  Oktober (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2019 (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November (2)
  • ►  2016 (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Mei (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  September (2)
  • ►  2014 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2013 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2012 (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)

Member's Blogs

  • BEN ASHAARI
    Khasiat dan manfaat Kakao untuk kanak kanak dan kaki sukan !
    Seminggu yang lalu
  • Yuyu Zulaikha
    Hello Darlings
    Setahun yang lalu
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
    6 tahun yang lalu
  • DANIEL ADIE
    Soalnya HATI
    12 tahun yang lalu
Tema Tetingkap Gambar. Dikuasakan oleh Blogger.